azizcfpx.com

Matlamat Anda Hala Tuju Kita
It is currently 18 Sep 2019, 12:50

All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 37 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4  Next
Author Message
 Post subject: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 23 Nov 2008, 14:54 
Offline

Joined: 23 Nov 2008, 14:44
Posts: 1
Salam, En. Aziz, saya tak berhutang, tapi cuma nak merancang kewangan. objektif kewangan saya nak kumpul dlm 30k dalam masa 1 tahun untuk membeli aset & menyimpan untuk future. so kiranya sesuai ke saya attend bengkel En Aziz di Putrajaya 29 Nov. 08 ni? setahu saya bengkel tu untuk bebaskan diri dari hutang.


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 24 Nov 2008, 08:46 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Melur,

Bengkel Putrajaya ataupun mana2 yg akan diadakan di mana2 pun bukan hanya utk menyelesaikan masalah hutang. Sungguhpun bengkel itu dinamakan Bengkel BebasHutang, pada asasnya ia adalah suatu program merancang kewangan yg sistematik. Tujuan utama peserta2 menyertai Bengkel adalah utk menyimpan sebanyak mungkin, menyelesaikan hutang secepat mungkin dan memperolehi aliran tunai yg positif. Pelbagai golongan peserta menyertai Bengkel ini yg mana peringkat seterusnya penyertaan mereka adalah untuk menjalani program perancangan kewangan secara individu. Di mana selepas data maklumat peribadi dihantar, dan persetujuan kedua pihak(aziz cfp dan peserta) meneruskan program perancangan kewangan secara khusus, peserta akan menjalani proses merancang kewangan yg sistematik yg akan mengambil masa tidak kurang daripada 9 bulan.

Sehingga kini tidak kurang 2,500 orang peserta telah menyertai program perancangan kewangan secara individu. Pelbagai matlamat kewangan dan bermacam cita2 yg telah, sedang dan akan dicapai oleh ramai daripada peserta2 itu. Kejayaan pelan adalah 99%. Tetapi ramai juga peserta yg menyertai program ini gagal meneruskan jadual pelan perancangan kewangan individu sehingga akhir. Sehubungan dengan itu, ramai juga yg telah gagal dalam merancang kewangan mereka sungguhpun pada awalnya sangat yakin dan berkobar-kobar dengan pelan masing2. Pelbagai alasan diberi. Risiko utama program Model AJIT adalah MASA, NAFSU DAN PERASAAN TAMAK. Tapi ramai juga yg telah berjaya memiliki simpanan beratus ribu ringgit, berumah besar dan berkereta mewah. Akhir kata, memang susah nak senang tapi senang nak susah.

"I can teach you how to paint but not the arts of painting"

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 04 Dec 2008, 00:01 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Semua,

Adalah dimaklumkan bahawa Bengkel Bebas Hutang, Putrajaya akan diadakan pada 22 Januari 2009, hari Khamis(malam Jumaat) malam sehingga jam 11.00 malam. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana Dewan Lake Club telah penuh ditempah sehingga bulan Mac 2009. Pendaftaran masih dibuka, walaubagaimanapun tempat hanya dihadkan kepada 100 peserta berbayar terlebih dahulu.

Harap maklum.

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 12 Dec 2008, 15:28 
Offline

Joined: 11 Dec 2008, 20:19
Posts: 18
Location: perak
salam..
en aziz, 100 person maksima?sy bermint sertai tp bile dh 100 org, rasa mcm tenggelam la plak

lg 1, ade x cara selain memakai cc?saya mmg xsuka berhutang kredit ni


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 16 Dec 2008, 07:11 
Offline
User avatar

Joined: 24 Sep 2008, 06:25
Posts: 6
Location: PAHANG
hazwan wrote:
salam..
en aziz, 100 person maksima?sy bermint sertai tp bile dh 100 org, rasa mcm tenggelam la plak

lg 1, ade x cara selain memakai cc?saya mmg xsuka berhutang kredit ni


salam hazwan,
pada pendapat saya la.
better anda sertai dahulu bengkel ini.
ini adalah sebagai langkah permulaan sahaja,
saya percaya abg aziz akan menerangkan semuanya di dalam bengkel nanti.
siapkan semua soalan yang anda ingin tanyakan,
Insya-Allah, bakal abg aziz jawab nanti.

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA :D


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 19 Dec 2008, 08:10 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Semua,

Ingin saya memaklumkan bahawa Bengkel Putrajaya yg dijadualkan berlangsung pada 22 Jan. 2009 akan diubah kepada 7 Feb. 2009, Sabtu mulai 2.30 ptg. Syarat2 lain adalah sepertimana biasa yg terkandung dlm web azizcfp.com

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 13 Jan 2009, 23:33 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Semua,

PENDAFTARAN BENGKEL PUTRAJAYA 7 FEB. 2009 TELAH DITUTUP. Sehingga kini seramai lebih 200 orang telah mendaftar utk menyertai Bengkel pada hari itu. Bagaimanapun tempat akan hanya diberikan kpd 100 peserta berdaftar yg telah membayar yuran RM80. Pengesahan penyertaan pada 7 Feb. itu adalah atas "whoever paid first". Sehubungan dengan itu adalah dinasihatkan kpd mereka yg telah berdaftar, sila bank-in yuran penyertaan dgn segera ke akaun yg telah ditetapkan dan sahkan pembayaran menerusi SMS serta penyerahan slip pembayaran pada hari Bengkel.

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 26 Jan 2009, 23:28 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Semua,

Sehingga 26 Jan.2009 seramai 80 peserta telah membayar yuran penyertaan Bengkel Putrajaya yg akan diadakan pada 7 Feb. 2009 nanti. Sehingga kini seramai lebih 300 orang telah mendaftar utk menyertai Bengkel pada 7hb nanti. Bagaimanapun tempat hanya akan diberikan kepada maksimum 140 peserta pertama berbayar sahaja utk Bengkel di Lake Club, Presint 8, pada 7hb nanti. Jika terdapat lebih daripada 150 peserta berbayar, option lain terpaksa dibuat utk mengatasi masalah ini. Ianya akan dimaklumkan "in due time". Ingin diingatkan kepada kesemua peserta2 yg telah berbayar, TIADA REFUND YURAN PENYERTAAN ATAU PENANGGUHAN PENYERTAAN DIBENARKAN JIKA GAGAL MENGHADIRI BENGKEL 7 FEB. 2009. Perkara ini adalah muktamad.

Sehubungan dengan itu adalah dimohon hanya kepada yg benar2 berminat dan bersungguh sahaja menyertai Bengkel dan seterusnya meneruskan pelan perancangan kewangan individu.
Insyaallah saya akan memberi update dari masa kesemasa bersabit dgn Bengkel Putrajaya ini nanti.

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 16 Jul 2009, 05:01 
Offline
Site Admin

Joined: 10 Mar 2008, 00:37
Posts: 167
Salam Semua,

Bengkel aziz cfp di Putrajaya pada 26 Julai 2009 ini TELAHPUN DITUTUP PENYERTAANNYA. Sehingga 15 Jun, seramai lebih 100 peserta telah membayar yuran penyertaan Bengkel Putrajaya yg akan diadakan pada 26 Julai 2009 itu nanti. Ingin diingatkan kepada kesemua peserta2 yg telah berbayar, TIADA REFUND YURAN PENYERTAAN ATAU PENANGGUHAN PENYERTAAN DIBENARKAN JIKA GAGAL MENGHADIRI BENGKEL 26 Julai 2009. Perkara ini adalah muktamad.

Sehubungan dengan itu adalah dimohon hanya kepada yg benar2 berminat dan bersungguh sahaja menyertai Bengkel dan seterusnya meneruskan pelan perancangan kewangan individu.

aziz cfp


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Bengkel di Putrajaya
PostPosted: 23 Jul 2009, 16:33 
Offline

Joined: 23 Jul 2009, 16:29
Posts: 3
Salam en. aziz,

Saya ingin mengikuti bengkel bebas hutang di Putrajaya. Bilakah jadual yang berikutnya? :P


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 37 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group