azizcfpx.com

Matlamat Anda Hala Tuju Kita
It is currently 19 Dec 2018, 10:13

All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 16 posts ]  Go to page Previous  1, 2
Author Message
 Post subject: Re: Program aziz cfp halal haram..??
PostPosted: 25 May 2010, 23:53 
Offline

Joined: 06 Oct 2009, 13:14
Posts: 37
senang simpan je duit tu bwh bantal...makan, minum da pakaian suma buat & proses sendiri..padi, sayur, ikan dan ayam, tanam & ternak sendiri...bru confirm halal. wakakaka...


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Program aziz cfp halal haram..??
PostPosted: 26 May 2010, 14:32 
Offline

Joined: 30 Mar 2010, 00:07
Posts: 13
Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Program aziz cfp halal haram..??
PostPosted: 26 May 2010, 14:38 
Offline

Joined: 30 Mar 2010, 00:07
Posts: 13
Labur ASB, ASN harus – Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf.

‘‘Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang.

‘‘Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas,” katanya.


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Program aziz cfp halal haram..??
PostPosted: 26 May 2010, 20:57 
Offline

Joined: 30 Mar 2010, 00:07
Posts: 13
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Kategori : Ekonomi
Tajuk :
Pelaburan Dalam Asn, Asb Dan Seumpamanya



Keputusan
Hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Oleh : Muzakarah Kali Ke-80
Tarikh Keputusan : 1 Feb 2008
Tarikh Muzakarah : 1 Feb 2008 hingga 3 Feb 2008

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputus ... ?keyID=211


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Program aziz cfp halal haram..??
PostPosted: 30 Oct 2010, 07:53 
Offline

Joined: 01 Jul 2009, 17:42
Posts: 47
interest...

1. beli rumah ada
2. beli kereta ada
3. hutang belajar ada
4. hutang kahwin ada

dapat ke kita elakkan? mungkin dapat tapi sejauh mana produk perbankan islam di malaysia membantu kita??

istilah yg lazim digunakan dlm perbankan islam adalah jualan secara tangguh.. kenapa tidak dikatakan loan? pasal kalau loan, awak pinjam 1000, awak bayar 1000.. itu hukum dlm muamalat..

jadinya tools yg ada adalah jualan secara tangguh dimana

saya nak beli kereta harga 25000
bank tolong bayarkan dulu 25000
saya kena beli balik dari bank dgn harga 50000 dan bayar secara tangguh 9 thn..
kalau saya bayar awal, bank boleh bagi ibra' tapi bergantung sebabnya kita kan dah janji nak bertangguh 9 tahun..

kalau tak cukup duit bayar, bank tolong 'jualkan' kereta, tapi saya kenala bayar perbezaan nilai tangguh berkenaan.. kan kita dah janji..encik pun dah buat akad kan..

tapi kalau encik tak selesa, buatlah loan dgn bank konvensional.. mereka tu makan interest..

_________________
|| jangan engkau menangis kerana tidak berkasut sehingga engkau melihat orang lain tidak berkaki ||


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Program aziz cfp halal haram..??
PostPosted: 31 Oct 2010, 21:43 
Offline

Joined: 01 Jul 2010, 09:01
Posts: 1
xdeenxmukah wrote:
interest...

1. beli rumah ada
2. beli kereta ada
3. hutang belajar ada
4. hutang kahwin ada

dapat ke kita elakkan? mungkin dapat tapi sejauh mana produk perbankan islam di malaysia membantu kita??

istilah yg lazim digunakan dlm perbankan islam adalah jualan secara tangguh.. kenapa tidak dikatakan loan? pasal kalau loan, awak pinjam 1000, awak bayar 1000.. itu hukum dlm muamalat..

jadinya tools yg ada adalah jualan secara tangguh dimana

saya nak beli kereta harga 25000
bank tolong bayarkan dulu 25000
saya kena beli balik dari bank dgn harga 50000 dan bayar secara tangguh 9 thn..
kalau saya bayar awal, bank boleh bagi ibra' tapi bergantung sebabnya kita kan dah janji nak bertangguh 9 tahun..

kalau tak cukup duit bayar, bank tolong 'jualkan' kereta, tapi saya kenala bayar perbezaan nilai tangguh berkenaan.. kan kita dah janji..encik pun dah buat akad kan..

tapi kalau encik tak selesa, buatlah loan dgn bank konvensional.. mereka tu makan interest..







salam,

saya suka dengan kenyataan xdeenxmukah.....nama je negara islam tapi interest sini sana......kite mmg tak boleh lari dengan interest yang telah ditetapkan.....hutang 5k bayar 10k atau 20k..... itu yang dinamakan negara islam....tepuk dada tanya selera.....kita ini umpama merempat dinegara sendiri, nak beli kereta buatan malaysia pun kena interest....produk malaysia tue....apapun saya bersyukur ada Azizcfp...dia banyak mengajar kita tentang selok belok perbankan...kalau tak ada silap2 asyik kena tipu je ngan bank.....hahahahaha


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 16 posts ]  Go to page Previous  1, 2

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group